| Aku mahu bintang itu terus menari agar aku tahu aku sentiasa merinduimu..andainya bintang rindu itu sekelabui awan terangilah ia dengan sinar kasihmu ajarkan aku memeluk cintamu agar aku tahu kau sentiasa di sisi menjadi kisah kasih dalam hatiku. padamkan lara yang ada di mata ku gantikan ia dengan sinar secerah mentari pagi yang mencurah ke wajah ini semoga esok kisah kasih ini akan menjadi sebuah kisah cinta abadi kepadamu yang datang bagaikan mimpi... |
| Akar cinta yang menjalar di dalam bumi kasihku akan terus dibajai sayang yang membasahi setiap sudut hati. biarkan ia merendang dengan senyuman yang terukir memanaskan jiwa tatkala menghembus nafas bergetar jantung membalas kerana apabila tiba saat dedaun cinta itu berguguran aku mahu kau di sisi mengucapkan cinta ke telingaku agar aku pergi dengan cintamu.... |
Mentari
Akan Menemankan Jalanku Esok..Bila Kau Berbisik Kau Cintakan Aku..Bibirmu
Sejuk Di Pipiku...Aku Seperti Dilahirkan Semula Untukmu..Bila Aku Buka Mata
Kau Tersenyum Di Sisiku..Indahnya Saat Itu..Kerana Tiada Yang Lebih Gembira
Dari Menjumpai Dirimu... |
Kisah
Itu Bermula Di Sini..... |
There was a girl everybody used to know as Syamilatulhani. she was a sweet girl she was a strong girl. she loves writing dancing looking at stars when nights comes but will her dream come true? only time will tell us...

Sinar
Matamu Memanah Sampai Ke hati..Yang Aku Cari Mungkinkah?..Akukah Yang
Keliru?...Hadirmu Bak Mentari Menyejat Tangisan Di Hati...Rasa Yang
Kunjung Tiba...Enak Berlegar Di Minda...Esok Masihkah Ada Rasa Untuk
Kita?...Zahir Yang Terpancar Di Mata Terucap DiBibir...Apakah Diriku
Ada Dalam Bisikan Hatimu?...Dan Kiranya Hatimu Membisik Halus Namaku...Hanya
DIA Yang Tahu Betapa Aku Terharu...Andai Ada Rindu Itu...Nian Di Hati
Ini Mula Menyala Api Rindu..Inikah Ertinya Cinta Yang Hilang Dalam Lautan
Lara Ku.....
Tanah itu masih merah lagi, senja ini terasa sejuk. Langit berawan. Biarpun berat kaki melangkah pergi tetapi hidup perlu diteruskan. Ketenangan pasti tiba, bisik hati ini. Air mata ini tidak mampu lagi keluar. Ini perjuagan aku seorang, perjuangan secebis hati. Terasa lesu juga seharian begini. Sesekali kemboja yang jatuh berguguran ke bumi Allah nampak indah walaupun lebam layunya. Tidak ada gunanya menangisi yang telah pergi tiada ertinya mengeluh merintih di atas kehilangan yang sudah tertulis. Wajah anak kecil yang sedang mengutip bunga putih yang baru jatuh itu aku pandang, dia mungkin tidak mengerti apa yang sedang berlaku, semoga Allah juga memberikan kekuatan kepadanya. Langkah di atur ke arah anak kecil itu.
Jari jemari halus itu aku usap. Dahinya aku kucup berkali-kali. Sebak di dada ini datang dengan tiba-tiba. Aku memeluk tubuh kecil itu. Ya Allah,tabahkan hati ini......
Dia menyerahkan kemboja tadi kepadaku, kemudian dia cium pipiku. Aku kehilangan kata-kata. Aku mendukung dia menuju ke arah kereta. "Papa....!" dia menjerit ke arah lelaki yang sedang menunggu kami di kereta dia meronta-tonta mahu turun dari dukungan. Aku lepaskan dia. Dia terkedek-kedek berlari. "Papa!" dia menjerit lagi. Tiba-tiba dia berhenti menaggil nama itu dan memandang ke arah aku. Mungkin dia baru tersedar itu bukan papanya. Wajah kecil itu memandang aku. Mungkin dia terlupa pagi tadi dia sendiri duduk ditepi papanya yang sedang tidur nyenyak dan tidak mungkin akan bangkit kembali. Dia juga yang marah apabila orang menutup muka papanya dengan kapas. Dia juga yang membentak-bentak menangis kerana orang mengikat dan meletakkan papanya di dalam van. Ya Allah..berikan anak kecil ini kekuatan. Dia datang ke arahku.."Papa?" sinar mata itu seolah-olah keliru. Aku kehilangan kata-kata, apa yang harus aku ceritakan? Apa yang harus aku katakan kepada anak kecil aku ini? Aku mendukung anak ini. "Abang, kita balik.." kataku kepada lelaki yang nampak sugul di atas kehilangan adiknya itu.
Anak kecil ini masih tertanya di manakah papanya. Dia memandang keluar tingkap ke arah pekuburan yang sunyi sepi. Dia memandang aku dengan penuh makna, matanya berair. Mungkin dia masih tertanya di mana papanya? Aku tidak dapat menahan air mata. Aku memeluk erat anak ini. "Papa dah tak ada.." aku berbisik. "Malam nanti kita bacakan Ya'asin untuk papa ye sayang.." aku mencium dahinya. Dia memeluk leher aku erat. Aku mengusap rambutnya. Semoga Allah memberikan kami semua hati yang tenang dan tabah. Semoga Allah mencucuri roh arwah. Amin..
@}-- Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal --{@
...:: Seikhlas Hati Ini, ::...
-Syamilatulhani-
Ya Allah..i do wish for
a great life...great family..great husband..loving friends..to be the greatest
writer "one day i will be the most powerful jedi ever!"
@}-- NOVEL ---{@
Ku Pilih Dia
@}-- NEW!! ---{@ Syah Kisah Cinta Underground
@}-- Teman-Temanku ---{@
Onizuka Sensei
::Ekin
::Akmal::AcidBurn::Zuril::
Kak Sri::Azryll
::Al
Sultan::Nana::Waii::
Nurul::
Zai::
e-Class
::Honey I ::Lia
:: Mok
Cik Kalut a.k.a Niza::Kak
Kobis::Nahdan::Nurul
a.k.a Arca Kasih:: Farah
Waheeda ::Nik::Kak
Ngah::Ain
:: Rynn :: Boboi
:: Ayrisha :: Carrie
:: Tipah :: Supernab
:: Farizam ::
Arlzev ::
Manja :: Papit
:: :.. Teman-temanku Dari
Seberang ..: Woesoa
:: Eijeisan :: Ashar
:: Aan :: Beniard
:: Chik :: Estilo
:: Faisal :: Rini
:: Pipikurara
@}--"Jangan Merasa Lemah Kerana Kamu Pasti Menang, Asal Kamu Sungguh-Sungguh"--{@Ali-Imran --{@
@}-- " Hai Orang-orang Yang Beriman, Tiada Halal Bagimu Mempusakai Perempuan Dengan Paksaan, Dan Janganlah Kamu Susahkan Mereka, Kerana Hendak Mengambil Kembali Sebahagian (mas kahwin) Yang Telah Kamu Berikan Kepadanya, Kecuali Jika Mereka Membuat Keji Yang Nyata (zina). Bergaullah Dengan Mereka (isterimu) Menurut Patut. Kalau Kamu Benci Kepada Mereka (Hendaklah Kamu Sabar), Kerana Boleh Jadi Kamu Benci Kepada Sesuatu, Sedang Allah Menjadikan Kebaikan Yang Banyak Di Dalamnya.." --{@


